Tuesday 8 January 2013

Long Time no Jumpa...(n_n)

Assalamualaikum,

Lamanya tak sentuh blog...dah nak setengah tahun pun masih tidak tergerak hati.

Alhamdulillah sekarang sudah masuk Degree, kos Animasi dan Effek Visual. kos yang sangat diimpikan oleh pelajar MMU namun apa yang disangka tidaklah semolek mana.

Dipendekkan cerita,beza antara tahun Foundation dan Degree sangat jauh.
Kalau dulu nak buat kerja last minute pun boleh tapi kalau Degree,buat last minute memang mati la jawabnya. Kos animation ni bukan apa yang saya sangkakan. Rupanya antara kos yang sangat susah di university tak kira la kerajaan atau swasta.

Semester lepas saya dah belajar Modelling untuk animasi,nampaknya walaupun buat sungguh2 tetap kena asah juga skill modelling ni. Nak buat 1 model senang pun bukan senang. Tapi kalau usaha mesti boleh punya. Semester lepas dah nampak susah perit belajar university yang sebenar,pointer un nyawa2 ikan.

Semester ni pula agak letih sikit kerja dia. Maklumlah lumrah 'tidak tidur sampai pagi' sudah sebati dalam hidup sejak mula kos animasi ni. Selepas nampak keputusan semester lepas ingat nak ambil kurang sikit subjek supaya murah sikit,tapi rupanya lagi sengsara,mana tidak...ambil 3 kos Major.....
Semester ni ada kejadian buruk sikit,saya terlibat dalam kemalangan,hampir mengambil nyama 2 orang kawan masa keluar makan malam. Kecuain saya ketika memandu akhirnya melesapkan hampir Rm1000 ringgit duit mak. Haduh...susah btul la saya ni...entah bila mau berubah.

Tentang si dia pula,hujung semester lepas,berjaya yakinkan untuk jarang berkomunikasi....Terbaca satu article dimana kalau kita rindu dengan seseorang,kita akan teringat dia,kita akan telefon dia atau senang text dia...bila kejadian macam tu berlaku,dia juga digolong dalam Zina,Zina Hati untuk lebih tepat. Bila dah terbaca article tu cubalah kongsi dengan dia,Alhamdulillah dia pun faham dengan senang. Namun kami masih lagi tegur menegur dalam Facebok. (n_n)

Setakat ini tidak banyak yang perlu di'update' sebab telalu sibuk dengan kerja kampus. Animasi,Video Graphic Motion dengan kerja 3D pun belum ada perkembangan yang memberangsangkan lagi. Harap2 bila sudah siap nanti boleh la share di sini.Setakat ini ada beberapa gambar yang boleh dikongsi:

Setakat ini sahaja untuk kali ni...panjang umur saya post lagi,
Sekian Wasalam...

Remake untuk 'Despair' di deviantArt~Despair-Under Your Care

Kerekter utama dalam komik inspirasi oleh atuk~Gemala Naga Suci : Eclipse dan Alisa

Lukisan ni ditujukan kepada Si-Dia~tajuk lagu kegemarannya dulu
'Melt the Snow'

"Senyum sentiasa"
Ayat text yang selalu dihantar.

Karakte utama Night Before Dawn~komik dalam perancangan

Spade dan Spawn: Kerekter Original saya VS Kerekter Kegemaran saya suatu ketika dulu.

4 buah Aces dalam Daun terup:
Spade | Heart | Diamond | Club

Dia suka hujan,baru terfikir nak buat lukisan pasal hujan semester lepas.

Waktu kelahiran Spade


           
Lukisan awal semester lepas. ketika kemaruk main Saint Row 3

Teaser untuk puasa tahun lepas.
Kerja 3D texturing 2: Snailbhoy dengan kulit ikannya....sekali lagi..lemah... 
Kerja 3D texturing: Saya sangat lemah dalam bab texturing ni