Friday 11 May 2012

Final Semester and final Day

Assalamualaikum semua...
Pejam,celik,pejam,celik,...eh dah setahun dah kat Selangor...
Cepatnya masa berlalu...hmm,makin tua dah ni...
   Minggu ni adalah minggu terakhir saya sebagai pelajar Foundation Multimedia University Cyberjaya dalam kos Creative Multimedia. Banyak ilmu dan pengetahuan yang saya dapat sepanjang pengajian saya di sini.
   Antara pengalaman terbaik adalah ketika menyertai perkemahan ni hutan Ulu Yam.Dikatakan bahawa kawasan hutan ini 'kuat' dan telah meragut 2 nyawa pelajar University Lim Kok Weng.Alhamdulillah ketika menjalani perkhemahan ini semua rakan2 dalam keadaan yang baik namun ada juga yg terkorban iPhone masuk dalam sungai(skrng dah beli BlackBerry baru,untunglah)...ada juga yang terkena kekejangan sebab bermain air terlalu lama...maklumlah...berjalan melawan arus sepanjang 1km bukan senang bhai...

Banyak kenangan ketika berkumpul bersama kawan2...semester depan mereka akan mengambil haluan masing2 dan mungkin akan jarang berjumpa,ada juga yang tinggal di hostel dan ada juga yang akan tinggal di luar campus...akan kami abadikan kenangan ini bersama,semoga dapat meluang masa bersama lagi seperti tahun foundation ini...


Antara hasil2 semester ini...

On the way to Kaw Kaw Burger bakar

Ketika menunggu ketibaan duli yang mulia Kaw Kaw Burger Bakar-Triple Baconiser
Kaw Kaw Burger Bakar-Branch kat Puchong | Triple Baconiser : Rm21.50 |
Fuh,Kenyang makan ni bhai...

Petang di hostel MMU
A glimpse through my Hostel window
Multimedia University Cyberjaya | Dusk |

A glimpse through my Hostel window
Multimedia University Cyberjaya | Dusk |
Ou
Masjid Putra-Putrajaya Hot Air Ballon Festival

Parasailing-Putrajaya Hot Air Ballon Festival


Hot Air Ballon-Putrajaya Hot Air Ballon Festival


Hot Air Ballon-Putrajaya Hot Air Ballon Festival





Pertarungan-Live Drawing Session with Amron Omar |29/4/2012| @ National Visual Art Gallery
Suhaimi n Amira-2 pasangan yang mantap
Cosplayer and the photographer

Cafe Gallery Seni Visual Negara

Haqeem- worthy Opponent-A very great artworker

Ex-Lecturer-Mr Husnaidi@Mr.D-mantan lecturer figure drawing  saya  di University.

Haqeem dapat awek baru-Sofea dari UiTM Melaka

Sesi figure drawing-1st Session model

Anwar dan iPadnya...selepas sesi pertama melukis figura

Sesi figure drawing-2nd Session model
Ehem...yg baju kuning tu comel kan??

Sesi consultasi bersama Ex-Lecturer,Mr.D

Semi Pro Models
nak join kat bahagian ni tappi terasa diri ni kecik sangat...TT_TT

lain macam senyum tu Amira??

Nick ngan Haqeem main Facrpalm...

Posers...pelik muka...

3rd minute drawing from Mr.D....laju sangat lukis...
Smooth lak tuh...

Mr.Jailani Abu Hassan-Sensei segala Shading

Hasil tangan Tuan Amron Omar

Hasil2 tangan Professional....nak nangis tengok...TT_TT 

Tuan Amron Omar berkongdi ilmu...

Tuan Jaafar Taib-Senior dalam bidang Animasi Negara.
Makcik kat belakang tu apa hal???

Selesai sesi melukis di balai seni negara-Haqeem berasa gembira mendapat  'kenalan'  baru...


Outing mencari lokasi Soundscape | Xian Leng Aquarium Shah Alam |
Arapaima-Ikan terbesar pernah saya jumpa depan mata

Tak pasti namanya tapi kalau x sallah ada terbaca,'Blossom'??

Comel ja pusing2...^^

Perangai buruk Naim-Suka ber'sengal' dengan ikan...

Ikan Koi-Banyak duit dalm kolamnya...

Keli Harimau??

Aquarium pun ada Burung Merak...


Hasil2 tangan dalam Semester terakhir di MMU:




Portrait Zehratul Syita-rujukkan menggunakan gambar

The Mask...Cerita lama tp masih ada impak lawak kepada saya

Sekadar Doodle sebelum tidur...





dan banyak lagi lukisan sketching dalam buku....tak larat nak upload semua...^^

Alhamdulillah sepanjang pengajian tak ada masalah yang rumit terjadi...moga tahun2 Degree nanti juga dipermudahkan,Insyaallah...

Setakat itu sahaja update kali ini...moga jumpa lagi...

Monday 9 April 2012

Rahsia HidupKu di Kampus Menegah

Assalamualaikum,
Sejak beberapa ketika ini saya berasa tidak tenang...
Sudah menunaikan solat taubat,solat hajat dan solat istiqarah sambil membaca tafsir Quran...
keadaan tetap sama juga...Ya Allah hu ya Rabbi...apa yang sedang ku fikir sekarang ni...

Beberapa ketika dulu ketika masih di bangku sekolah,tahun itu merupakan tahun cukup strict untuk saya dimana saya akan mengambil peperiksaan PMR...Ketika itu saya ada jatuh hati pada seorang wanita,muslimah,lemah lembut bicaranya,taat pada agama dan juga berilmu...sudah tentu saya tidak layak dengan dia kerana siapa la saya ini yang hanya suka melukis,baca Al-Quran pun sangkut lg,ilmu setahun jagung pun tak sampai..
Saya pun berniat untuk berkawan denganya,mahu minta tunjuk ajar...tapi entah mana silapnya,saya difitnah oleh kwan sendiri...saya tidak sangka rupanya memang betul ada musuh dalam selimut yang selama ini saya anggap seperti saudara sendiri.Saya rasa bersalah,bila saya cuba meminta maaf dengan dia,masakan menjawab,pandang pun tidak....apa boleh buat...saya pun redha sahaja
Malam tu pula saya terlepas cakap kepada kedua orang tua saya tentang kejadian itu,ayah saya marahnya bukan main,tapi mak saya apa kurangnya juga...

Selang beberapa hari,kami pun bertegur sapa sekali,kali ni dapatlah saya meminta maaf dengan hati yang tenang sikit...walau bagaimanapun,kami masih sahabat,talian perhubungan sesama saudara muslim dan muslimah belum terputus..Alahamdulillah dia juga sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan kalau saya x salah...

mak saya pernah berkata:
"ketika di bangku sekolah,cinta dan sayang tu cuma cinta monyet sahaja...
Cinta yang sebenar adalah pada Allah,Rasul dan agama..mungkin sekarang belum ada yang mahukan kamu,tapi siapa tahu masa depan nanti ada yang lebih baik dari dia kan???"

Ternyata apa yang mak saya katakan itu benar sekali...selain Allah,Rasulullah,Al-Quran dan keluarga saya,telah tambah satu lagi yang menjadi cinta hati saya...saya mohon kepada Allah S.W.T sekiranya betul dia tertulis untuk saya,berikanlah saya ketabahan untuk mengekalkan jalinan hubungan kami ini,berikanlah saya kekuatan untuk menjadi imam kepadanya,untuk mendidiknya,untuk menyayanginya,untuk memeliharanya dan untuk setia kepadanya seperti mana Rasulullah mengimam,mendidik,menyayangi,memelihara dan setia pada isterinya-isterinya...

Amin ya Rabb...

Sekian sahaja post kali ini
Wasalam...
"Biarlah kita berubah dalam kadar sedikit,asalakan berterusan kita akan berubah sepenuhnya"
-Iquwan Eddyne@RyzShyFrieyz

Sunday 8 April 2012

Surat Dari Munafik Kepada Si Dia Yang Soleha

Assalamualaikum,

Sekarang sudah masuk semester ke tiga,dah masuk ulang tahun kelahiran ke 19 pun...
cepatnya masa beralalu...ada 7 tahun lagi....mengapa 7 tahun??

Ceritanya bermula ketika sekolah menengah dulu seingat saya ketika itu dalam tingkatan 3 ketika sedang menjalankan latihan merejam lembing di padang sekolah bersama dengan kawan karib saya,Ian(nama timangan sahaja).
Dilanjutkan cerita,datanglah 2 orang wanita,juga ingin berlatih bersama.Aiman dan Niny(nama timangan juga)...
saya pun dengan senang hati memberi mereka peluang untuk berlatih manakala saya pula nak berehat selapas berlatih 2 jam tanpa henti.Bosan menunggu waktu bergerak perlahan,tangan yang gatal menarik earphone dan handphone untuk dengar lagu [Song of Storm and Fire]>by Yuki Kajiura,theme utama Tsubasa Chronicle.Tak sengaja terlepas earphone,apa lagi...ketiga2 kawan latihan saya tu pun terkejut dengan volume yang penuh hampir seluruh padang juga perasan lagu tu.Saya mengelabah tapi nasib baik Niny tolong saya menyambung kembali earphone tu.
Walaupun saya ni lelaki tp siapa yang tidak malu bila jika ada perempuan yang tolong kita kan?? air muka boleh jatuh seh...ehem..selepas kejadian tu,buat pertama kalinya Niny bercakap dengan saya...
"Kau suka cerita Tsubasa Chronicle??"
"Boleh juga sikit2..." *Muka tengok bawah*
"Ada lagu lain ka?? Bluetooth bagi saya boleh??"

Tergamam saya mendengar ayat tu,tidak sangka dia pun suka dengan cerita tu...
"Err...kau pun suka tengok cerita ni??"
"Yup,cerita dia romantik...lagu dia semua sweet2.." Aish,cair gila bila dia cakap macam tuh...kami pun cerita la sampai xsedar dah nak habis waktu rehat..dia bukan nak datang berlatih,saja temankan kawan dia Aiman...

Ok skip cerita hari tu...yang lain suma xda kaitan denga dia...bila kami berjumpa selalu di sekolah,xkira la ketika perjumpaan ketua kelas ka,perjumpaan kelab ka(yes kami satu kelab tapi xpernah tegur),lepas kelas ka,lepas sekolah ka...kami mesti bercerita sikit...waktu tu la ada kejadia tumbuk bahu semua(sakit bah dia hentam bahu)...dengar dia gelak la...*tak sangaka pula saya pandai buat lawak*....semuanya macam hubungan yang cantik saja tapi saya langsung tidak anggap dia lebih dari kawan...
Dipendekkan cerita,dia ni ada boyfreind,non-muslim,dia tidak sengaja ceritakan pada saya..keluarga boyfriend dia ada masalah dengan hubungan diorang jadi mereka pun break up...dia tidak pasti sama ada dia patut lepaskan atau tidak...saya pun jawab la:
"Jodoh sudah ditulis keatas semua orang,kalau ada jodoh Insayaallah mesti ditunjukkan kepada kita suatu hari  nanti."

Masa berlalu pantas,2 minggu selepas apa yang saya ungkapkan,dia call...waktu hampir sampai maghrib...
"Iquan,saya di tepi jalan sekarang...dekat dengan sekolah..."
"Eh?? Buat apa di sana?? Ingat sudah balik tadi??"
"Saya mau pergi di tengah jalan...dia tidak terima saya lagi,saya mau minta langgar kereta" !!!!WEH!!! NI KES BAHAYA NI!!! IQUAN!!! JAWAB LA CEPAT!!!
"Ni!!! JANGAN PERGI TENGAH JALAN! STAY DI SANA!!! JANGAN JADI GILA!!!"
Mak ngan ayah saya pun terkejut tengok saya cakap camtu...
"Malam ni saya text kau,ingat...balik rumah...ambil wudhu,solat maghrib"
*Henphone dimatikan*

Malam tu,panjang lebar kami cerita....lepas tu dia taip:
"Kalau kau jadi boyfriend saya boleh??"
Ok,saya langsung terpegun bila nampak massage dia...saya pun fikir nak jawab apa...lama la juga...
"Ni,saya pernah berkapel,pernah kasar lagi sama pasangan saya sendiri,saya pun ada minat sama ni 1 orang classmate saya sekarang,tapi selepas tersilap cakap sama kawan dari belakang dia pun tidak suka sama saya.Tidak mungkin la kau mau saya jadi boyfriend kau??"
"Saya tidak kisah,asal kau mau saja sudah cukup..",balasnya...
"Ni,saya belum sedia sama ada sama masih mau berkapel ka tidak sekarang selapas apa yang saya lalui.Saya harap kau faham.."
"BIARLAH!!! KALAU TIDAK MAU CAKAP SAJA,LELAKI SEMUA SAMA SAJA!!!"
.....selepas mesej tu,tidak ada lagi balasan dari apa yang saya hantar....
2 hari berlalu...sya pun berasa hati ni berat sebab tidak terima apa yang dia beri...saya pun terpaksa bohong...
"Ni,saya akan mengikuti satu upacara menghalau jin yang mungkin akan buat saya hilang ingatan...saya harap sepanjang kenalan kita,ada saya buat salah tolong maafkan...mungkin bila kita jumpa di sekolah nanti saya x ingat siapa lagi kamu..."....bodohnya ayat ni...mustahil la orang jahil macam saya,tidak berapa faham agama pandai menghalau jin....tengok pun tidak dapat apa lagi mau halau...haish....
DING!!!!
"Iquan,saya mau minta maaf kalau semalam saya terlalu emosional samapai marah sama kau,tp saya harap kau masih ingat sama saya selepas kau balik dari upacara itu...saya betul2 minta maaf..."

ADUH...apalah bodoh saya ni...keluarga saya mana ada yang pandai tengok makhluk halus....

Sampai sekarang saya masih berbohong dengan dia...sampai satu tahap bila kami bertugas untuk sukan sekolah,kami sempat singgah di Dewan Pekan,ada acara peladang yang dianjurkan...bila jalan2 kami terserempak la dengan 1 stall jual barang kemas...ada 2 jenis cincin yang betul2 sesuai dengan jari kami berdua...tengok muka dia yang manis yang suka tengok cincin tu,saya pun beli la untuk kami berdua...penjaga tu pun nyampuk..."wah..serasi la kamu ni...sarung la di jari dia,nanti cik adik sorang ni sarungkan sekali di jari abang ni.."...hmm...romantik kan??? PIGIH DAA!!!! tapi kejadian sarung menyarung cincin tu benar2 berlaku...

Hubungan kami menjadi bertambah baik,siap main permainan tukar nama lg...Ryzshyfreiyz dengan Zehratul Syita...PERGH...cerita cinta remaja selama 3 tahun berlanjutan seh....

Bila saya terfikirkan balik,apa betulkah saya layak menerima gadis semolek ini yang dulunya sosialis kini telah menjadi seorang muslimah,taat pada Allah S.W.T,cinta pada Rasulnya dan setia pada orang tuanya...
Apa yang saya cuba katakan ialah..

Ze,
apa yang ingin Shy adalah Shy cuba lelaki biasa,sama seperti orang lain,jahil pada agama...
Melihat semua makhluk halus tu ada satu pembohongan...tidak ada seorang pun dalam keluarga Shy yang ada kelebihan seperti ini...semua itu bohong...Shy betul2 minta maaf kalau Ze tertarik pada Shy kerana kebohongan Shy selama ini,jujur Shy katakan hampir semua yang Shy cakap pada Ze sebelum ini adalah bohong,Shy seorang yang munafik,ayah Shy juga pernah cakap begitu pada Shy-ini adalah kenyataan...Shy mahu berubah...Shy berharap,selepas Ze membaca apa yang Shy luahkan di sini Ze dapat memaafkan kesalahan Shy selama ini...Ze boleh pergi,tinggalkan Shy,Shy sudah tidak mahu menzalimi Ze lagi...Shy redha sekiranya ada yang lebih sesuai berbanding diri Shy...


Tulus kepadamu,
Nurul Quraatul Hasney@Zehratul Syita....

Dari yang khilaf,
Mohd.Souvry Eiqhwan bin Saperdin@RyzShyFrieyz

Monday 23 January 2012

Long time no See....(─‿‿─)

Assalamualaikum everyone...
Woah,dah lma x post update...Tiba2 bahasa melayu la pulak?? Saja nak kekalkan keaslian 'Sabahan' saya...
Apa2 pun semester ke-2 d MMU (Multimedia University) ni nampak lebih mencabar,kononnya nak berubah supaya x buat kerja last minute. tp nampaknya sama la jgak....-__-||||

Setelah melalui beberapa bulan dengan assignment yg betabur ni smpat la jgak saya tangkap beberapa gambar koleksi saya d MMU ni sepanjang foundation level.. bak kata lecturer sya Che Ahmad Azhar "buatlah gambar,simpan dan ingatilah dia hingga hujung hayat korang smua" atau lebih tepat lg,"Kumpul smua gambar t2 untuk djadikan resume"...Kita kan kena cari rezeki,lebih2 lg lelaki mcm sy ni,nnti nak kahwin susah...Eh,ke situ lak pergi...hehe

Ok,jom kita usha ckit apa yg saya kumpul semester ni...^__^


~Tekning Me-maning (Panning) Kenderaan~

~Kanak2?? No problem...^^~
~Moving Light Trails,Challenge accepted
One and only person yg berani wat teknik gna lampu raya~


~Zooming Spiral Type,xpnah dibuat orang rasanya~


~Zooming Normal mode,Pertandingan mewarna Sunway Pyramid~
~Traffic Trails under the Sunset~
~Under Construction~


~Practice Lighting sblum Shoot Models~

~Model Cantik x??? Btudung tuh,Sweet~

~Tema Seram~
~Close Up,Nice no??~



~Eagle Eye View~
~Finishing Models Shoot~


~Untuk Suka2 Members~

~Product Shoot-Creative Lighting System gak~
Mountain Dew
~Product Shoot-Creative Lighting System~
Bicycle Rejuvenate ngan Split Spade  


~Product Shoot-Creative Lighting System~Bicycle Pirate

~Product Shoot-Creative Lighting System~
Artiface Deck Playing Card (Ordered)


~Product Shoot-Creative Lighting System~
Green Crown Deck (Ordered)

~Product Shoot-Creative Lighting System~Infinity Deck (Ordered)

~Product Shoot-Creative Lighting System~
Infinity,Artiface ngan Green Crown Deck,
Ordered dri themagicstreet.com.my
Antara deck bbru sya semester ni.