Sunday 8 April 2012

Surat Dari Munafik Kepada Si Dia Yang Soleha

Assalamualaikum,

Sekarang sudah masuk semester ke tiga,dah masuk ulang tahun kelahiran ke 19 pun...
cepatnya masa beralalu...ada 7 tahun lagi....mengapa 7 tahun??

Ceritanya bermula ketika sekolah menengah dulu seingat saya ketika itu dalam tingkatan 3 ketika sedang menjalankan latihan merejam lembing di padang sekolah bersama dengan kawan karib saya,Ian(nama timangan sahaja).
Dilanjutkan cerita,datanglah 2 orang wanita,juga ingin berlatih bersama.Aiman dan Niny(nama timangan juga)...
saya pun dengan senang hati memberi mereka peluang untuk berlatih manakala saya pula nak berehat selapas berlatih 2 jam tanpa henti.Bosan menunggu waktu bergerak perlahan,tangan yang gatal menarik earphone dan handphone untuk dengar lagu [Song of Storm and Fire]>by Yuki Kajiura,theme utama Tsubasa Chronicle.Tak sengaja terlepas earphone,apa lagi...ketiga2 kawan latihan saya tu pun terkejut dengan volume yang penuh hampir seluruh padang juga perasan lagu tu.Saya mengelabah tapi nasib baik Niny tolong saya menyambung kembali earphone tu.
Walaupun saya ni lelaki tp siapa yang tidak malu bila jika ada perempuan yang tolong kita kan?? air muka boleh jatuh seh...ehem..selepas kejadian tu,buat pertama kalinya Niny bercakap dengan saya...
"Kau suka cerita Tsubasa Chronicle??"
"Boleh juga sikit2..." *Muka tengok bawah*
"Ada lagu lain ka?? Bluetooth bagi saya boleh??"

Tergamam saya mendengar ayat tu,tidak sangka dia pun suka dengan cerita tu...
"Err...kau pun suka tengok cerita ni??"
"Yup,cerita dia romantik...lagu dia semua sweet2.." Aish,cair gila bila dia cakap macam tuh...kami pun cerita la sampai xsedar dah nak habis waktu rehat..dia bukan nak datang berlatih,saja temankan kawan dia Aiman...

Ok skip cerita hari tu...yang lain suma xda kaitan denga dia...bila kami berjumpa selalu di sekolah,xkira la ketika perjumpaan ketua kelas ka,perjumpaan kelab ka(yes kami satu kelab tapi xpernah tegur),lepas kelas ka,lepas sekolah ka...kami mesti bercerita sikit...waktu tu la ada kejadia tumbuk bahu semua(sakit bah dia hentam bahu)...dengar dia gelak la...*tak sangaka pula saya pandai buat lawak*....semuanya macam hubungan yang cantik saja tapi saya langsung tidak anggap dia lebih dari kawan...
Dipendekkan cerita,dia ni ada boyfreind,non-muslim,dia tidak sengaja ceritakan pada saya..keluarga boyfriend dia ada masalah dengan hubungan diorang jadi mereka pun break up...dia tidak pasti sama ada dia patut lepaskan atau tidak...saya pun jawab la:
"Jodoh sudah ditulis keatas semua orang,kalau ada jodoh Insayaallah mesti ditunjukkan kepada kita suatu hari  nanti."

Masa berlalu pantas,2 minggu selepas apa yang saya ungkapkan,dia call...waktu hampir sampai maghrib...
"Iquan,saya di tepi jalan sekarang...dekat dengan sekolah..."
"Eh?? Buat apa di sana?? Ingat sudah balik tadi??"
"Saya mau pergi di tengah jalan...dia tidak terima saya lagi,saya mau minta langgar kereta" !!!!WEH!!! NI KES BAHAYA NI!!! IQUAN!!! JAWAB LA CEPAT!!!
"Ni!!! JANGAN PERGI TENGAH JALAN! STAY DI SANA!!! JANGAN JADI GILA!!!"
Mak ngan ayah saya pun terkejut tengok saya cakap camtu...
"Malam ni saya text kau,ingat...balik rumah...ambil wudhu,solat maghrib"
*Henphone dimatikan*

Malam tu,panjang lebar kami cerita....lepas tu dia taip:
"Kalau kau jadi boyfriend saya boleh??"
Ok,saya langsung terpegun bila nampak massage dia...saya pun fikir nak jawab apa...lama la juga...
"Ni,saya pernah berkapel,pernah kasar lagi sama pasangan saya sendiri,saya pun ada minat sama ni 1 orang classmate saya sekarang,tapi selepas tersilap cakap sama kawan dari belakang dia pun tidak suka sama saya.Tidak mungkin la kau mau saya jadi boyfriend kau??"
"Saya tidak kisah,asal kau mau saja sudah cukup..",balasnya...
"Ni,saya belum sedia sama ada sama masih mau berkapel ka tidak sekarang selapas apa yang saya lalui.Saya harap kau faham.."
"BIARLAH!!! KALAU TIDAK MAU CAKAP SAJA,LELAKI SEMUA SAMA SAJA!!!"
.....selepas mesej tu,tidak ada lagi balasan dari apa yang saya hantar....
2 hari berlalu...sya pun berasa hati ni berat sebab tidak terima apa yang dia beri...saya pun terpaksa bohong...
"Ni,saya akan mengikuti satu upacara menghalau jin yang mungkin akan buat saya hilang ingatan...saya harap sepanjang kenalan kita,ada saya buat salah tolong maafkan...mungkin bila kita jumpa di sekolah nanti saya x ingat siapa lagi kamu..."....bodohnya ayat ni...mustahil la orang jahil macam saya,tidak berapa faham agama pandai menghalau jin....tengok pun tidak dapat apa lagi mau halau...haish....
DING!!!!
"Iquan,saya mau minta maaf kalau semalam saya terlalu emosional samapai marah sama kau,tp saya harap kau masih ingat sama saya selepas kau balik dari upacara itu...saya betul2 minta maaf..."

ADUH...apalah bodoh saya ni...keluarga saya mana ada yang pandai tengok makhluk halus....

Sampai sekarang saya masih berbohong dengan dia...sampai satu tahap bila kami bertugas untuk sukan sekolah,kami sempat singgah di Dewan Pekan,ada acara peladang yang dianjurkan...bila jalan2 kami terserempak la dengan 1 stall jual barang kemas...ada 2 jenis cincin yang betul2 sesuai dengan jari kami berdua...tengok muka dia yang manis yang suka tengok cincin tu,saya pun beli la untuk kami berdua...penjaga tu pun nyampuk..."wah..serasi la kamu ni...sarung la di jari dia,nanti cik adik sorang ni sarungkan sekali di jari abang ni.."...hmm...romantik kan??? PIGIH DAA!!!! tapi kejadian sarung menyarung cincin tu benar2 berlaku...

Hubungan kami menjadi bertambah baik,siap main permainan tukar nama lg...Ryzshyfreiyz dengan Zehratul Syita...PERGH...cerita cinta remaja selama 3 tahun berlanjutan seh....

Bila saya terfikirkan balik,apa betulkah saya layak menerima gadis semolek ini yang dulunya sosialis kini telah menjadi seorang muslimah,taat pada Allah S.W.T,cinta pada Rasulnya dan setia pada orang tuanya...
Apa yang saya cuba katakan ialah..

Ze,
apa yang ingin Shy adalah Shy cuba lelaki biasa,sama seperti orang lain,jahil pada agama...
Melihat semua makhluk halus tu ada satu pembohongan...tidak ada seorang pun dalam keluarga Shy yang ada kelebihan seperti ini...semua itu bohong...Shy betul2 minta maaf kalau Ze tertarik pada Shy kerana kebohongan Shy selama ini,jujur Shy katakan hampir semua yang Shy cakap pada Ze sebelum ini adalah bohong,Shy seorang yang munafik,ayah Shy juga pernah cakap begitu pada Shy-ini adalah kenyataan...Shy mahu berubah...Shy berharap,selepas Ze membaca apa yang Shy luahkan di sini Ze dapat memaafkan kesalahan Shy selama ini...Ze boleh pergi,tinggalkan Shy,Shy sudah tidak mahu menzalimi Ze lagi...Shy redha sekiranya ada yang lebih sesuai berbanding diri Shy...


Tulus kepadamu,
Nurul Quraatul Hasney@Zehratul Syita....

Dari yang khilaf,
Mohd.Souvry Eiqhwan bin Saperdin@RyzShyFrieyz

No comments:

Post a Comment