Monday 9 April 2012

Rahsia HidupKu di Kampus Menegah

Assalamualaikum,
Sejak beberapa ketika ini saya berasa tidak tenang...
Sudah menunaikan solat taubat,solat hajat dan solat istiqarah sambil membaca tafsir Quran...
keadaan tetap sama juga...Ya Allah hu ya Rabbi...apa yang sedang ku fikir sekarang ni...

Beberapa ketika dulu ketika masih di bangku sekolah,tahun itu merupakan tahun cukup strict untuk saya dimana saya akan mengambil peperiksaan PMR...Ketika itu saya ada jatuh hati pada seorang wanita,muslimah,lemah lembut bicaranya,taat pada agama dan juga berilmu...sudah tentu saya tidak layak dengan dia kerana siapa la saya ini yang hanya suka melukis,baca Al-Quran pun sangkut lg,ilmu setahun jagung pun tak sampai..
Saya pun berniat untuk berkawan denganya,mahu minta tunjuk ajar...tapi entah mana silapnya,saya difitnah oleh kwan sendiri...saya tidak sangka rupanya memang betul ada musuh dalam selimut yang selama ini saya anggap seperti saudara sendiri.Saya rasa bersalah,bila saya cuba meminta maaf dengan dia,masakan menjawab,pandang pun tidak....apa boleh buat...saya pun redha sahaja
Malam tu pula saya terlepas cakap kepada kedua orang tua saya tentang kejadian itu,ayah saya marahnya bukan main,tapi mak saya apa kurangnya juga...

Selang beberapa hari,kami pun bertegur sapa sekali,kali ni dapatlah saya meminta maaf dengan hati yang tenang sikit...walau bagaimanapun,kami masih sahabat,talian perhubungan sesama saudara muslim dan muslimah belum terputus..Alahamdulillah dia juga sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan kalau saya x salah...

mak saya pernah berkata:
"ketika di bangku sekolah,cinta dan sayang tu cuma cinta monyet sahaja...
Cinta yang sebenar adalah pada Allah,Rasul dan agama..mungkin sekarang belum ada yang mahukan kamu,tapi siapa tahu masa depan nanti ada yang lebih baik dari dia kan???"

Ternyata apa yang mak saya katakan itu benar sekali...selain Allah,Rasulullah,Al-Quran dan keluarga saya,telah tambah satu lagi yang menjadi cinta hati saya...saya mohon kepada Allah S.W.T sekiranya betul dia tertulis untuk saya,berikanlah saya ketabahan untuk mengekalkan jalinan hubungan kami ini,berikanlah saya kekuatan untuk menjadi imam kepadanya,untuk mendidiknya,untuk menyayanginya,untuk memeliharanya dan untuk setia kepadanya seperti mana Rasulullah mengimam,mendidik,menyayangi,memelihara dan setia pada isterinya-isterinya...

Amin ya Rabb...

Sekian sahaja post kali ini
Wasalam...
"Biarlah kita berubah dalam kadar sedikit,asalakan berterusan kita akan berubah sepenuhnya"
-Iquwan Eddyne@RyzShyFrieyz

No comments:

Post a Comment